merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokkan dan kegembiraan.
namun, kita masih tak sedar hakikat kebahagiaan yang sebenar-benarnya.
"ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya, selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan. walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya. betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak. bahkan ada orang tidur di pondok buruk, kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita. ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat, tetapi lidahnya tidak enak. lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya. kata hamka, lihat lah bagaimana Allah membahagi bahagikan nikmat. semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar, ada makanan yang sedap, tentulah hidupnya bahagia dan tenang. belum tentu!"
tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah s.w.t.
"jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata. dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah. jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka. tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan"
apabila kita asyik mengeluh apabila ditimpa musibah..
"tuan-tuan tengoklah dunia ini ,kadang-kadang tuan-tuan, manusia dia rasa hilang suatu benda ini daripada dunia, kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya. saya nak sebut tuan-tuan, berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup? cuba ingat! ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. ketika kita ditimpa musibah tertentu, kiat kat, "habislah aku kali ni!". tapi usia kita sedng berjalan. kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini. ketika kita kata "ya Allah tolong lah aku, tolonglah aku, aku susah ya Allah.", hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu. dan kita pun lupa kadang -kadang untuk bersyukur. di atas pelbagai ranjang hidup yang Allah keluarkan kita daripadanya."
pengalaman sering mematangkan kita..
"sesiapa yang tidak mengalaminya tidak akan memahami maksudnya. orang-oarang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban tawakal. bila hati insan bulat kepada ya Rabb.. "ya Allah, aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah".
kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat..
"apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil. nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim, Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita di dalam dunia ini. Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga. dia dicelupkan dimasukkan ke dalam syurga. kemudian dia dikeluarkan, lalu ditanyanya, "wahai si fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" dia kata "tak! aku tak pernah pun derita dalam hidup ini". hanya kerana masuk sekelip mata di dalan syurga, lupa derita dunia. Allah ambil manusia yang paling nikmat di dunia ini. Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka. lalu dikeluarkan dia, ditanya pula, "pernahkah kau merasa nikmat di dalam hidup ini?". dia kata "tak! aku tak pernah merasa nikmat pun dalam hidup ini". hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat di dalam hidupnya."
masihkah kita teringat akan nikmat yan Allah berikan selama ini?
"kita selalu nak bersyukur bila kita diberi benda baru. dan kita lupa apa yang ada pada kita ini, suatu nikmat yang besar. suatu hamba Allah yang patah kakinya, yang dia tidak pernah pun sebut yang dulu barangkali tidak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak. tapi apabila suatu hari dia sakit kaki, dia kata, "ya Allah, bagi lah balik kaki aku, sembuhkanlah balik." dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan ,nikmat sihat. kata hamka, "yang ada ini sudah harapan kita". tetapi insan.. bukan salah untuk kita harapakan yang belum ada tapi jangan lupa yang telah ada!"
bersyukurlah wahai diri ini..
" sebahagian para sarjana menyebut, syukur itu lebih tinggi makamnya dari sabar. ramai orang terpaksa sabar. tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. bila dia susah, nak kata apa? "sabar je lar, nak buat apa". tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta bersyukur.. "ya Allah, apa sahaja yang aku alami, daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu. tidak ada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkau lah pujian, bagi Engkau lah kesyukuran." subhanallah. insan bila dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya.. jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu."
anda scroll kebawah sambil abaikan petikan-petikan di atas,anda sombong. petikan-petikan kat atas ni aku ambil dari ceramah video seorang ustaz .untuk perkongsian sempena ramadhan.
nice...salam syawal..nk doodle free di hari raya jom laa
ReplyDeletesaya suuuuuuka doodle,tapi tak reti buat,haha
ReplyDeletegudluck for u ;)