Wednesday, August 10, 2011

aku dapat emel ni..aduhh tak tau nak reply apa.


Ke hadapan awak,


Saya selalu nampak awak.
Tapi awak buat tak nampak je kat saya.
Ish, buruk sangat ke rupa saya?
Tapi kadang-kadang tu adalah jugak awak tengok saya. Tapi awak pergi macam tu je.
kadang-kadang saya cemburu tengok kawan-kawan saya.
Mereka selalu dapat keluar jalan-jalan.
Ada tu sampai naik bas ke keretapi pun sama-sama.
Pergi shopping, pergi sana pergi sini.
Tapi saya? awak buat dunno je.

Downlah macam ni.

Saya ingat lagi.
Dulu masa mula-mula, ada jugak awak sembang dengan saya.
Awak selalu je cari saya.
Bangun pagi kita sembang.
Tengah hari pun sembang sikit.
Petang sembang lagi.
Malam pun kita sembang jugak.
Dah nak tidur pun nak sembang lagi?
(Agak-agaklah jugak nak sembang pun…)

Tapi, saya suka. Suka sangat-sangat!

Tapi tak lama lepas tu. Awak dah jarang-jarang sembang dengan saya.
Kalau dulu setiap masa, sekarang dah seminggu sekali.
Itu pun asyik borak benda yang sama.
Dah datang hari yang sama je, cakap pun benda sama jugak.
Itulah pasal si Yasin tu.

Aiii…dah tak ada modal lain ke?
(Agak-agaklah jugak nak sembang pun....)

Itu kira okay lagilah. Ada cakap jugak.
Tapi sekarang dah macam renggang sangat-sangat.
Awak pandang pun tak. Kalau ‘terpandang’ pun, buat-buat tak nampak.

(Agak-agaklah juga...)

“Awak dah tak nak kawan dengan saya lagi ke?”
“Saya ada banyak benda nak cerita dekat awak.”
“Ke awak ada pasang dua?”
Sedihnya saya.

Hari tu, saya tengok awak sibuk cari artikel pasal astronomi.
Kenapa tak tanya saya, saya pun tahu apa.
Pasal sains saya tahu banyak kot. Apa dia embryo? Saya tahulah.
Detail lagi saya boleh beritahu.
Bukan saya jual mahal tapi dah tak pernah tanya.

Saya ada satu perkara nak minta dari awak.
Jomlah sembang dengan saya lagi.
Saya banyak benda nak share.
Sudah-sudahlah sembang dengan lain tu.
Ni saya ada dekat sini ni.
Kan saya ni kononnya ‘manual lengkap hidup’ awak.
Takkan nak buat-buat tak tahu lagi?

Eh, kejap. Saya duk buat curhat ni kamu kenal tak siapa saya ni?
Dah Ramadhankan, takkan tak ingat lagi siapa saya?
Ke buat-buat lupa ni..?

Sayalah yang awak suruh duduk dalam locker kamu tu. Dah berhabuk dah saya ni.
Agak-agaklah jugak nak buat tak ingat pun.

Awak ingat tak ada sekali kita sembang;

“Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah kitab (Al-Quran) yang kami telah menjelaskanya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah pentunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.” (Al-A’araf : 52)

Yang ini pun ada jugak kita sembang;
“Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah :185)

Sekarang macam mana? Nak buat tak tahu lagi ke?
(Agak-agaklah jugak nak buat tak tahu pun....)

Tapi kalau awak nak ignore saya jugak, suka hatilah.
Tapi saya jamin. Nanti bila awak down atau stress ke mesti cari saya.
 Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Al-Quran

No comments:

Post a Comment

tegur-tegur lah! :)