Tuesday, December 6, 2011

mangadun kalimah menyapa keinsafan

"Menangis, mengadu dan meluahkan perasaan, memang fitrah manusia. Tidak ada salahnya. Tetapi jangan keterlaluan. Itu sahaja. Sedangkan Rasulullah Saw lagikan menangis sewaktu kematian anaknya Ibrahim. Tetapi paling utama, carilah kekuatan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Rasulullah sAw jika ditimpa masalah terus dirikan solat 2 rakaat. Ya, pintalah bantuan Allah dengan sabar dan solat."

titisan air mata menyubur cinta dan rindu pun berbunga, mekar tak pernah layu, damainya hati yang dulu resah keliru~ artikel ini dipetik dari blog Pahrol Mohamad Juoi (penulis kegemaranku, kikikilala) selamat membaca! :DD


KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:

1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. 
Firman Allah:“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. 
Allah berfirman:“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. 
Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. 

Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)


kesimpulannya, kebahagiann itu terletak pada hati yang sentiasa terikat kepada Penciptanya. bukan terikat kepada apa yang nafsu kita bagitau kita akan bahagia jika kita ada sesuatu itu, contohnya duit, harta, pangkat dan bf/gf ? dan cakap pasal bf/gf ni... ada sorang kawan aku penah tanya aku, "hang rasa hang ni setia dak?".


oke... aku sebenarnya tak tau nak jawab apa dan aku tak tau apa motif dia tanya. tapi lepas tu, aku fikir. apa pentingnya aku nak setia pada manusia, padahal hak Allah SWT, aku selalu abaikan. nak setia pun, biar lar pada yang hak(suami aku lar). simpan lar dulu setia tu.


bila kapel... kita akan halalkan yang haram secara tak sedar bagi yang ada sisa jahil dalam hati mungkin tu perkara biasa, zina hati tak bole elak, betul tak ? walaupun pada mula hubungan rasa cam suci ja... tapi kita kena engat yang syaitan dah besumpah untuk menyesatkan anak-anak Nabi Adam. hidup sebagai remaja pada akhir zaman ni memang susah dan banyak dugaan, Nabi Muhammad pun dah pergi. cuma tinggal sunnah dan kitab, bila kita abaikan dua wasiat Nabi ni, sesat lar kita.


errr... aku tak mau cerita panjang dengan ilmu yang cetek, sekian.

3 comments:

  1. kadang2 hidup ni mmg ssh nk faham.. tp segala apa yg berlaku kita xleh nafikan semmgnya dari Allah. kecuali adanya usaha utk mengubah takdir tu. kadang2 hati dan perlakuan tu xde integriti. hati kata lain.. tapi apa yg kita buat lain. kita ssh nk memilih antara akal dan hati (nafsu).nawaitu dari hati, perlakuan tu dari tingkah laku. bila nawaitu ngan tingkahlaku tu x selari, kita xkn tau niat sebenar seseorg tu sama ada ianya ikhlas atau sebaliknya.. so, antara nawaitu dan tingkah laku mana yg penting..?t aku wat satu post ye. BTW nice sharing.. love u yang.. :)

    ReplyDelete
  2. kalu cinta jgn kacau, kalau sayang tak perlu marah, kalau ikhlas tak minta berbalas, serahkan cintamu pada Yang Punya Cinta ;)
    iloveyoutoofatinwawa

    ReplyDelete

tegur-tegur lah! :)