Monday, December 24, 2012

kiamat: gerhana dan siraat

21/22/23 december da berlalu.. masih ada dunia. apa yg scientist barat ramalkan kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan betul? scientist barat yang cuba manipulasi umat islam.brainwash mungkin. dan mungkin kiamat bagi kafirun sahaja. tapi selagi ada iman dalam hati kita mesti percaya kiamat itu pasti tapi bila berlaku tu rahsia Allah.  serious aku, kepoh lar jugak bila orang heboh pasal benda ni. tapi yang rahsia tetap rahsia.

penah pikir tak kenapa selalu gerhana?


kan masa kiamat nanti matahari akan bertembung dengan bulan. btul tak?


kenapa kekadang bagun subuh2 tengok bulan sangat besar dan oren ?


tak bole pertikai tanda kebesaranNya. Nabi Muhammad dulu bila gerhana, dia akan solat sunat 2 rakaat sampai lar gerhana tu hilang dan mintak ampun banyak2. mungkin gerhana bukan sesuatu yang kita perlu anggap cam benda tu fun/sonoknya esok gerhana.? tapi kita sekarang sibuk nak tengok, nak beli glasses, nak photo2. aku lagi terok tak da insentif lansong nak p tengok/ nak solat sunat. sebenarnya aku baru ja tau pasal Nabi buat solat sunat masa gerhana lepas terbaca kat webpage mana tak engat.



Berkenaan dengan sifat titian sirat, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, mafhumnya: “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said al-Khudri). Dalam hadis Ahmad daripada Aisyah r.h.a, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa sifat titian itu lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang. 


semua orang tahu kiamat itu pasti. mesti ada basic knowledge pasal titian siraat yang dibawahnya meggelegak api neraka dan siapa yg berjaya ke seberang syurga,Allahurabbi.  segala benda selepas kita mati -> alam barzakh, titian siraat, semua ni kita akan hadapi. da lupa camna aku terjumpa link ni. >baca ni kalu rajin< sangat full cerita tentang titian siraat. baru aku sedar selama ni yang aku tau lebih tipis dari 'basic knowledge'. sangat malu kot aku tak tahu terperinci pasal benda yang aku akan jumpa dan lalu. atas siraat nanti akan ada sekatan2 yang kita kena pass.bila kita pass semua sekatan,kita akan sampai di seberang sana. kalu xpass, jatuh bawah. sekatan2 tu ada kaitan denagn rukun iman,rukun islam dan hak2 yang kita perlu tunaikan kat dunia ni. jadi jangan amek mudah rukun iman dan islam. kena revise balik, aku da hampir lupa rukun2 ni.ya Allah lalainya aku.

ruginya dunia.



Surah Yaasin elak kehausan pada hari kiamat

Surah Ad Dukhan elak kesusahan pada hari kiamat

Surah Al Mulk elak siksa kubur

Surah Al Kafirun elak kekufuran ketika dicabut roh





4 comments:

  1. Nice entry! Semoga sama2 dpt manfaat. :-)

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Mohon izin menimba ilmu di sini.
    Berbanyak terima kasih.
    Moga kita semua mendapat redhaNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amen.. saya baru 22tahun.ilmu sangat lah sikit dan masih belajar.

      Delete

tegur-tegur lah! :)