Thursday, July 12, 2012

mimpi basah

hah.. aku tak mimpi porno lar. mimpi basah sebab aku mimpi mandi kat pantai. best!! da lama kot. lama gila tak bermandi manda kat pantai. aku mimpi lak pantai yang mak dengan ayah aku selalu bawak aku p masa aku kecik-kecik dlu.masa cuti sekolah mahupun hujung minggu.mandi dengan pelampung.sebab masa tu kecik lagi,skolah rendah. waaaa serius rindu. cuma dalam mimpi aku tu, pantai tu di renovate skit.jadi cam cantik lagi lar dari yang original nya. tah camna haha tp still lagi pantai yang sama. pantai yang aku maksudkan, pantai merdeka.last aku p sana masa aku bru lepas matrik.ayah aku ada keja apa tak tau kat situ.so bawak semua skali dok kat resort situ. tapi tak mandi pantai lar sebab cam da kotor dan air pasang.mandi swimming pool ja seharian. haha


pemandangan dari udara. yang kat muara tu lar pantai yang aku maksudkan.



ni lar pantai tu. aku curi kat google.



suasana waktu subuh. gunung jerai nun jauh di sana.



kat seberang sana sebelum gunung jerai ada cam masjid kan.so tiny,both mosque and its tower are white in color.pasan tak? di situ lar tanjung dawai. hahaha dekat dengan kampung aku.



dulu masa aku form3, aku ada aktiviti kat kem singkir. jalan kaki ke tanjung dawai.kalu nek keta mesti rasa tak jauh tp jalan kaki,haih.lebih kurang 10km gak lar.rasanya. haha. bermalam di sekolah rendah tanjung dawai kot.aku tak engat lar nama skolah tu, tp lebih kurang lar haha.skolah tu banyak nyamok lar aku tak bole tdoq pun. subuh tu amek bot dari tanjung dawai ke pantai ni. pastu jungle trekking.dan kayaking. letih tapi best. aku suuuuka. explore race dia lagi memenatkan kot.amek masa sepanjang hari.tapi bukan kat sini lar.kat kawasan cam hutan dan sawah,ladang jagung lar. kesian kawan-kawan aku ada yang kena p klinik lepas tu sebab luka kena pagar karat. wall climbing for free. kalu kat camp lain mesti kena bayar. yang aku paling santai masa night walk.tak takot.siap bole baring terlentang atas tar dengan kawan tengok bintang time tengah tunggu giliran untuk night walk secara individu. kan mesti lar bosan tunggu lama,benda bukan bat satu group satu group, lepas sorang sorang. lama kot nak tunggu. da lar aku giliran yang hampir last lar. nak dijadikan ctar,masa tunggu memang tak takot. tapi masa nak naek bukit masuk utan tu da start da nerves.mana tak nya, jurulatih yang guide orang sebelum naek bukit tu cakap "lepas naek bukit ni,kamu jalan ikot tali ja,pegang tali jangan sampai lepas, kalu kamu rasa terpegang benda cam berbulu ja, ha tu lar antu raya!" pehh.fak. so aku amek jalan mudah -> tutup mata dan ikot tali sahaja. hahaha. bukak skit2 ja mata.nanti tak nmpak lansong lak.da lar tak kasi guna lampu suluh. dengggg.  haha.huhu. tapi tah lar sayang plak aku rasa pindah skolah masuk asrama.tak da join aktiviti apa pun. haih.mandom gila aku pastu.sampai skang kot.hahahahahaaaaaaaaaho


kayak sampai seberang sana semasa air pasang :D air nampak tenang. tapi berat. faham tak?haha. tu first time aku sentuh kayak. first pilih partner, pilih kayak, then angkut kayak ke tepi pantai. yang berat lebih dok di belakang. aku mesti lar di hadapan.haha.  haih masa nak mulakan kayak tu, ombak kat tepi pantai memang annoy gila lar. dan aku pun seksi skit sebab basah satu badan. paddling tapi kayak tak gerak-gerak atau melencong ke hala laen maksudnya salah tenik lar tu .hahahhahahaahah sebelum sampai seberang sana, jurulatih suruh benti kat tengah-tengah laut tu dan ikat smua kayak side by side. then dia buat lar dia punya demonstrasi camna nak survive kalu lost tengah-tengah laut.bekalan makanan smua. huu..malas da nak taip.haha. aku asyik haha ja kan.annoy gilar.



semua gambar bukan milik aku. oke.

sekarang ni aku fobia skit dengan lautan. sejak tsunami dulu.kat rumah aku pun rasa gegaran. tapi suka jugak lar aku dengan family jejak pantai time cuti masa aku kecik. lagi yang aku tak lupa pantai dekat penang.aku tak engat nama tempat tu. tapi sesat gak lar nak cari pantai tu.sambil mandi bole tengok jambatan pulau pinang :D

saja ja lar nak ctar benda ni..............

2 comments:

tegur-tegur lah! :)