da lama aku renung benda blank ni. nak start camna tak tau.hehe
oke. first buat apa-apa mesti perlu objektif. benda ni aku tulis untuk kesedaran semua perempuan yang baca mahupun terbaca blog aku ni memandangkan majority genome XX. hehehehe dan indirectly, untuk genome XY jugak sebab XY mesti akan kawin dengan XX. tak yah lar nak ikot trend gay skang, Nabi tak mengaku umat.
hari jumaat yang lalu, tengahhari tu aku sakit perot cam orang nak beranak. waktu tu aku dirumah sorang-sorang. mak p amek lesen, adik first tuisyen, ayah dengan adik-adik yang lain kluar p jemput mak balik. aku jalan membongkok cam nenek kebayan dari dapur ke bilik dan truih baring atas katil. aku tak faham apa benda yang aku sakit ni. aku capai nset call ayah. oke fuhh.. ayah suda otw home. sepatotnya hari ni ayah keja tapi tak jadi pulak. rupanya Tuhan da atur semua. alhamdulillah..
di klinik, aku discan kawasan yang sakit -pelvic area. dokte cakap aku kena jangkitan kuman di tempat kencing. oke aku faham. dan juga darah beku di rahim. oke ni aku takfaham lansong!!!! 'darah beku' ? darah yang tak mengalir? aku soal dokte, katanya endometriosis. waww.. tak mau tau hahahaha.
oke oke serious.
pitcha ini aku save as dari laman sesawang laen.
oke. itular anatominya endometriosis. dokte cakap ni mungkin disebabkan period backflow. aku tanya lar pasepa backflow? dia cakap banyak sebab dan tak tentu, stress pun bole jadi dan macam-macam. hasil dari pembacaan aku, benda ni jadi bila period backflow ke fallopian tube into pelvis. endometriosis biasanya berlaku pada perempuan 25-35 tahun. O.O oke..aku terlalu muda untuk itu. mereka yang berrisiko untuk period backflow adalah pertama mereka yang datang period pada awal usia, contohnya cam budak skolah rendah darjah 4 da start period, bahaya tu, kena bagitau mak oke.. kedua mereka yang tidak pernah ada anak. ketiga mereka yang period kerap lebih dari 7hari. dan keempat mereka yang mempunyai selaput dara yang menutupi keseluruhan/separa vagina dimana keadaan ini blocks/menyusahkan darah period untuk keluar. err..aku memang selalu period lebih dari 7hari.
selain backflow, benda ni jugak bole disebabkan oleh faktor genetik dan hormonal.
rupanya benda ni memang mendapat perhatian secara internationalnya. huhu
176 orang senasib, mungkin anda juga? waww. ada orang cakap marilyn monroe mati sebab barbiture poisoning/sleeping pill. di dalam gambar di atas ada jawapannya.
dan aku sebenarnya kurang jelas dengan jangkitan kuman di tempat kencing? :P
rupanya mungkin urinary tract endometriosis. pain in passing urine. yes yes. masalahnya aku kencing dan berak sakit. kencing aku serious tak lawas.minum banyak keluar sikit. rupanya benda ni bole effect benda-benda yang berdekatan.dan juga keloyaan.perot bloated gila. hehe..aku rasa orang tak faham aku tulis cam keling. aku tak reti nak terang physiologically. benda ni akan sebabkan pain kerana inflammation di peritoneal cavity, pendarahan di luar uterus n irritation of nerves on the pelvis floor.
baru aku tringat hari ni aku makan nasik dengan ikan sadin goreng 5 ketul tapi lupa makan ubat lepas tu. hahahahaaha
aku selalu sakit cam senggugut sebelum, semasa dan selepas period. so sesiapa yang rasa period tak teratur, sakit senggugut yang sangat, better check dengan dokter. dokter cinta :P
penting kot check sebab advanced endometriosis can cause infertility and cancer. sebab tu lar marilyn monroe tak beranak-anak tp tak pa lar dia cantik,hehee.. tapi benda yang kita tak nampak ni kan..kita tak tau. err.. berat aku skang 40kg.semakin menurun. aku memang selalu tak selera makan. selalu jugak lar orang suruh aku "makan banyak skit, kurus sangat ni" dan "kurus sangat ni, camna nak mengandung nanti?". terima kasih sebab concern tapi serious lama kelamaan aku benci gila orang cakap camtu.
orang lelaki nak elak prostate cancer, amalkan cauliflower yang digoreng bersama kunyit.hehe tips in case ada orang lelaki yang baca ni.
a yesterday caterpillar becomes a today butterfly. you know while there's life, there's hope ;)
kepada yang membaca dari atas sampai sini, taniah kerana anda prihatin. :)
prihatin..
ReplyDeleteoo.. ko slalu ckp sakit cm senggugut 2 erk.. bahayanya.. take care, mkn ubt tu.. ;O
ReplyDeleteyup.. oke, you too ^,^
Deletefquekk,,awat cekk,,camna da skunk???
ReplyDeletecam biasa aja dong..hehee. x dop kdit dehh
Delete