Wednesday, March 20, 2013

usrah (emel dari kakak)


ASSALAMUALAIKUM..kalau tak jwb dosa, kalau jwb sayang~ heee~ baca2!!! Ni utk adk2 tercinta ja..

Berapa boleh rate diri 1-10 utk mggu ni? Maksud nya ada buat improvement ka or takdak improvement? Solat cukup dak? Posa sunat dak? Volume suara kurang dak? Tlg mak dak?

hari ni insyaAllah usrah sket psl surah al-isra' ayat 30-38..

17-30:  Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).
penerangan:-
Allah lebih tahu dari diri kita mengetahui diri sendiri sbb Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat. setiap manusia Allah kurnia kan rezeki yg berbeza..tak kira lah rezeki tu duit, harta, pangkat, darjat, kejayaan..rezeki Allah terlalu luas..jgn sesekali mempersoalkan apa yg Allah beri pada kita..sesetengah org Allah uji dgn kepandaian n kejayaan, adakah org itu nak bongkak sombong atau dia bersyukur n takut terhadap kurniaan Allah tu..bergantung sedalam mana kita berfikir n sedalam mana ilmu kita bw pengertian terhadap sesuatu..ingat "Sama rata setiap manusia tak sama" jgn mempersoal kenapa kita kurang n org lain lebih..ada sbb Allah beri kpd kita setakat tu rezki nya..ingat Allah lebih mengenali diri kita..bersyukur~ biarlah kurang di dunia, insyaAllah mahligai menanti di syurga..kita manusia hamba Allah , jgn mempersoal apa yg diberi oleh Nya..

17-31:  Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kami (Allah) yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 
penerangan:-
penertian ayat ni boleh tgk contoh zaman skng ni..ada yg buang bayi akibat kesilapan sendiri membuat hubungan tanpa ikatan yg sah..buang anak zuriat yg lahir sbb takut ketiadaan duit utk bsrkan anak tu, buang sbb malu org berkata tak baik ttg diri..kenapa tak berfikir sblm buat sesuatu~ ikut hati mati, ikut rs binasa..anak anugerah Allah, zuriat yg Allah janjikan rezki pada setiap anak tu..jgn salahkan anak yg tak tau apa2~ membunuh atau merampas nyawa bg setiap manusia tu dosa bsr..ingat~

17-32:  Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
penerangan:-
first ayat dah ckp jgn 'mendekati' zina..
-zina mata kerana melihat..jaga pandangan nashwa!
-zina telinga kerana mendengar, dgr benda2 yg tak elok..
-zina lidah kerana bercakap, jgn duk gayut tepon lma2 naa..nnt syaitan bisik benda2 tak elok..
-zina tangan kerana berpegangan, ulama ada ckp "zina bermula kalau kita mulakan dgn memberi pasangan kita pgg tgn kita"
-zina kaki kerana melangkah, melangkah ke tmpt2 yg boleh menimbulkan maksiat..
-zina hati dgn berhasrat, membayangi dan berharap..jaga hati..jgn tambah bintik hitam kat hati..nnt busuk~ bintik hitam kat bdn takpa..kan nashwa.. :)
semua yg ats tu dibenarkan(direalisasikan) oleh kemaluan.
jaga aurat ye~ surah annur (surah ke 24) ayat 31:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; danbertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
masa makin suntuk..hari kiamat makin dekat..kita tak dak masa nak tunggu datang seru utk berbuat sesuatu yg baik..kalau boleh ubah, ubah skng~

17-33:  Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan hak (alasan yang benar). Dan sesiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah dia (ahli waris itu) melampaui batas dalam membunuh.  Sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.
penerangan:-
ini berkaitan dgn hukum qisas ke ats seseorang yg membunuh org lain atau saudara seislam dgn nya..bkn hak kita utk rampas nyawa org lain melainkan kita diancam atau menjalankan sesuatu hukuman ke ats seseorang yg telah dibuktikan kesalahannya..tawakal, redha n pasrah ats ketentuanNya..

17-34:  Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai dia dewasa, dan penuhilah janji; sesungguhnya perjanjian itu ditanya.
pengertian:-
first kita tau pengertian anak yatim tu dulu..anak yatim/piatu ialah bdk yg blum akil baligh lg..bl dia dah mencecah akil baligh bkn dikira anak yatim dah..bsr pahala kalau bantu n pegang hak anak yatim dan amanah kan kpd dia seperti mana yg dijanjikan..janji n amanah yg kita pgg akan ditanya nnt akhirat kelak..

17-35:  Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan neraca yang benar.  Itulah yang lebih utama dan lebih baik kesudahannya.
pengertian:-
setiap sesuatu yg diamanah kan kpd kita utk diberi kpd org lain hendaklah dipegang n dijaga sukatan tau timbangan nya..terutama bila kita meniaga..jgn lbh atau terkurang..tepat pada sukatan nya..kalau kita ikhlas nak beri lbh, ikhlaskan hati nak sedekah..buatlah sedekah selalu insyaAllah rezki bertambah n harta kita lebih bersih..

17-36:  Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya mengenainya.
pengertian:-
ayat di atas berkaitan dgn fitnah..bila rasa ragu jgn buat n jgn cakap..jgn bercakap ttg seseorang yg kita tak knl hati budi dia..jgn berprasangka tak baik kat org..dosa bsr tau..
Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)


17-37:  Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
Pengertian:-
Di mana kesudahan kita nnt..dalam tanah, mereput, membusuk, dimakan bumi..sehingga mana kita boleh sombong bongkak diatas bumi Allah..suma benda dipinjam oleh Allah kpd kita..tak kira la sombong atas kecantikan yg ada atau pangkat/harta yg dimiliki..suma tu bersifat tak kekal..senyum, baik sangka n berkata dgn lemah lembut kpd suma org..

17-38:  Semua itu kejahatannya pada sisi Rab (Tuhan)mu, lagi amat dibenci.
Pengertian:-
Jelas Allah menyuruh kita berbuat yg baik n tinggal perkara yg tak baik..tiada yg jahat itu baik n tiada org jahat tak mungkin akan masuk syurga..suma org ada kesudahan sendri..tak semestinya yg bertudung labuh n kuat beramal kesudahan nya syurga..dimana kita? Jgn menganggap kita selamat jika kita baik tetapi tak bertudung, jgn menganggap kita selamat jika kita solat 5 waktu sehari..al quran ada 114 ayat menerangkan suma A to Z cara utk membina jambatan ke akhirat..kaji n hayati suma ayat..berbuat baik n ikut apa yg disuruh n tinggal apa yg dilarang..jika Allah suruh tutup kpala, tutup~ kalau Allah suruh menyelesaikan satu masalah dgn baik buat yg terbaik..
RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”

INGAT~ kita diakhir zaman, pgg alQuran n sunnah Rasulullah saw..
p/s: Solat tu cegah kita dr buat benda2 tak baik, sempurnanya akhlak seseorang itu dgn sempurnanya solat dia..kaji blk btol tak solat kita..dr segi penghayatan n maksud nya..Al Fatihah rukun terpenting dlm solat..btol kan AlFatihah..faham makna nya..insyaAllah Allah bercakap dgn kita.. chaiyok2!!

3 comments:

tegur-tegur lah! :)