Monday, February 18, 2013

apa yang membezakan kita dan mereka


minggu lepas hampir setiap 6.15petang ada fogging aedes kat kawasan kejiranan aku. buat pengumuman suruh clearkan rumah. tapi tak plak bagitau blok mana yang kena clear. suatu hari tu malasnya aku nak turun sebab semalamnya blok lain yang difogging tapi kena plak hari tu blok aku deh... berkabus satu rumah dengan asap yang menyelunup masuk celah-celah tingkap. tutup hidung dengan baju ja lar. keesokkanya pulak bagi lagi pengumuman suruh clearkan rumah. aku dan housemate pun turun lar tiga-tiga ketui pegi kedai runcit berdekatan. dua ketui lagi pegi klas tak balik-balik lagi. tunggu lar 3 ketui kat taman, duduk-duduk atas kerusi batu sambil menunggu blok difogging. tapi masaalahnya blok aku tak difogging pun hari tu.

cukup lar dengan intro yang bosan. aku sebenarnya bukan nak cerita pasal #aedes #fogging mahupun #apaanjuga. dijadikan cerita, kawasan kejiranan aku ni manyak orang arab dudok. jiran sebelah rumah aku pun arab, sebelah lagi melayu, bawah indon perempuan. masa tengah dudok tunggu blok difogging, aku dengan member usha-usha anak-anak orang arab tengah main bola sepak. sangat lawak dan comel kot. bole pulak 1 gol yang jaga 2 orang. yang sepak bola lagi besar dari penjaga gol. aku memang tak bole cerita bagi korang faham betapa lawaknya situasi tu di mata aku. sambil ibu-ibu mereka yang berniqab dudok sembang  antara mereka. tah apa yang depa cakap, yang aku faham masyaAllah ja. sama jugak dengan anak-anak depa, main bola mesti riuh kan........ dan yang aku faham keluar dari mulot depa Allah, Allahu akbar, Allah... Allah...masyaAllah, abdul rahman. budak-budak tu baru dalam lingkungan sekolah rendah kot. cuba beza dengan orang kita, aku amek contoh kaum sendiri ja lar,melayu. yang keluar mesti bodo cibai babi nokhorommmm cilake!!!! betul takkk hehe. bukan nak kondem bangsa sendiri cuma hakikat kan.................,aku pun penah memaki.  jiran arab sebelah rumah aku ni pun sembang kuat jugak tapi yang aku faham masyaAllah, la ilaha illallah, Muhammad habibi, malaysia, hisyam. bukan aku sibuk nak mendengar perbualan orang, da cakap kuat. he, tapi tah.tak bole nak judge orang berdasarkan apa yang dia cakap ja.tapi kekadang bole jugak nak judge kalu rasa diri da bagus.





p/s: ni ada dalam draf.mungkin 2minggu lepas. penting lar kot untuk travel tempat orang, faham budaya orang, habitual life orang. dan akan terasa diri sebenarnya tak tau apa-apa. bukan nak menyibuk dengan orang, tapi sebagai pengajaran yang diri kita yang selalu bajet bagus ja lebih. dan bila diduga sikit da mula rasa tak mau hidup. padahal ramai lagi yang hidup lagi susah, tapi tak pernah nak merungut/memaki/mengeluh, tapi dicari jalan penyelesaian dengan bijak dan memilih untuk sabar sabar sabar redho. tu orang lar, bukan aku. aku tak kuat lagi nak sabar mahupun redho, cuma mintak diberi kekuatan sebegitu.



Thursday, February 7, 2013

coretan untuk ayah dan mak


dia ayahku
dia ibuku
mereka harta tak terganti
budi tak terbalas

saat aku jatuh,
mereka peduli

saat aku keliru,
cuba selami

saat aku bangun,
tidak meminta-minta diberi

saat aku jauh,
mereka rindu

saat semua pergi,
mereka di sisi.

itu lah kurnia Ilahi.........
petunjuk hidupku masih dibawah redhoNya

moga aku bersama mereka mengisi mahligai abadi.

Monday, February 4, 2013

dara dara daradara what's the point??


bukan majalah dara.com. pernah tak terbaca tentang "ciri-ciri perempuan yang tiada dara" or entry entry yang bertajuk sekutu dengannya? oke long time ago aku ada jugak baca karangan di internet tentang hal berkenaan dan aku pun "ohhhh.. camtu ka. betul kahh? baru ku tahu begitu ya rupanya.......". haha. tapi baru sekarang terpusing di akal aku, "what's the point? tak rasa mengaibkan wanita kaaaaa... err...?".  dan seperti mau marah pun ada. huhu..

difikir-fikirkan sebenarnya kan, bole jadi fitnah. omputeh cakap don't simply judge the book by it's cover. tak mau lar aku ulas satu-satu points "ciri-ciri perempuan yang tiada dara" itu. aku pun kurang engat dan buang masa aku ja nak google. tak tau dari mana datangnya idea ciri-ciri ciro-ciro coro-coro ni. nonsense!!!! oke contoh ya, salah satu ciri -->'mata di bawah terlipat dan sedikit lebam'. hahahahaha! sayang oi.... mata seorang perempuan lebam kerana menangis takutkan Allah pun dia dalam list perempuan-perempuan yang tiada dara? gitu ya? macam mana pula perempuan yang mata lebam kerana kurang tidurnya berjaga malam beribadah? dan, jika perempuan tu tak pernah berzina, sayang tau fitnah tu apa? hehe.. mungkin ini cuma pendapat/mentaliti sesetengah orang sahaja........ don't take serious. sayang sebenarnya kan, diperhatikan, lelaki pun ada yang lebam mata dan di bawah mata terlipat jugak. so laki tu takda dara lar? lucu banget deh.....huhu, kidding oke.

dan bagaimana jika perempuan yang pernah berzina bila terbaca karangan anda tu, dia jadi putus asa nak bertaubat? dia mungkin terfikir sebab apa dia nak bertaubat,dia penah berzina,da takda dara,orang mesti da tak bole terima dia,so better dia trus bergelar penzina.  society just killed her.  tau akibat-akibat mendatang dari tangan sendiri yang bagi kesan kepada orang lain? kita mungkin bole malam-malam tido lena kerana rasa diri da habis bagus sedangkan di tempat lain ada seseorang yang hidupnya tak tenteram disebabkan tangan kita.

kalu kita rasa kita tak pernah berzina pun sebenarnya kan, kita confirm kah diri suda bagus deh? yang menentukan darjat seseorang itu bukan sesiapa/harta benda, melainkan Allah. penzina pun baik lelaki mahupun perempuan, jika dia bertaubat dan Allah terima taubat dia, rasanya darjat dia da jadi tinggi/rendah? cuma Allah yang layak untuk judge seseorang kerana Dia yang Mengetahui segala-galanya kan....... betul takkkkk.

surah Ali Imran 136 maksudnya: "Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menyesatkan dirinya sendiri, kemudian ingat akan Allah dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui"

see........... aku tulis ni bukan nak tunjuk aku da bagus, cuma dari pandangan aku ja dan pesanan untuk diri sendiri jugak. aku pun pernah pertikai seseorang yang nak berubah, dan lepas tu aku mintak maaf lar dekat orang tu, hehe. aku pun pernah benci seseorang atas keburukkannya. see....aku pun pernah buat silap. kita manusia ni sebenarnya dhaif sangat, lemah. nu tak kena,ni tak kena. terlalu mudah menilai. Allah tak tengok fizikal/body kita, Dia tengok hati kita. hati kita. apa yang ada dalam hati setiap orang tu kita tau ka? tak kan? kita bole hina seseorang, kita bole marah dengan seseorang, tapi sebenarnya kan, tu hak kita ka nak menghina/marah?apa sangat yang kita tahu? seseorang mungkin hina di mata manusia tapi tidak di sisi Allah. kita tak tau darjat seseorang di sisi Nya. that's all. binatang pun sebenarnya kan, kita tengok kucing yang berkurap tu kita rasa geli tapi kan,Allah ja yang tau, cuba kucing tu tetiba dia bole bercakap, kita akan terkejut dengan apa yang dia akan bagitau kita. hehe.. buibui..







Sunday, February 3, 2013

kerana terlalu sayang


Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripada Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit................

Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan.........

Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima..............

Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu..............

Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan.........

Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita.

quoted from hafizul faiz@islamituindah



Saturday, February 2, 2013

stars story



i have to stare a little bit
because they are so bright
they tell stories million years ago
they tell me what earth gone through