dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik terutamanya bila diuji hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah, yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurahNya.
Dalam apa jua takdir yang ditimpakanNya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah. Ingatlah Allah sudah berpesan bahawa :
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
"barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." ibnu atoillah
di kopi dari blog orang lain..heheee
untuk perkongsian besama. i love this so much
kekadang aku tengok orang lain dapat lebih dari aku, dan ada apa yang aku tak ada, then aku jeles. aku amek masa sorang-sorang, fikir... ahhh.. buat apa nak kisah, next time aku akan dapat yang lagi better dan baik dan awesome! Allah itu Maha Adil. kalu orang lain bole rasa bahagia, aku pun bole rasa bahagia, cuma masa ja yang beda. mungkin ini bukan masanya lagi. apa yang penting adalah sabar...
walau seperit mana pun, takdir Allah itu tetap yang terbaik, bersyukur dan bersabar lar.