assalamualaikum kpd saudara seislam..
aku bukan alim ulama' nak tulis pasal akidah, aku cuma curious bila aku terdengar ceramah kat radio yang menyatakan "walau asyik ibadah sepanjang hidup tapi tetap masuk neraka sebab tak ada akidah", camtu lar lebih kurang ustaz tu cakap. then aku fikir............................ akidah tu camna sebenarnya ?? ibadah tu aku tau lar ( solat,puasa etc ). then aku buat sedikit research dengan menggunakan pekhidmatan mr google.
akidah = kepercayaan ( beriman kepada Allah s.w.t. ,rukun-rukun iman ,rukun-rukun islam dan perkara-perkara ghaib )
apa kaitan akidah dan ibadah --->
1. bila seseorang itu percaya kepada Allah maka hidupnya hanyalah untuk beribadah kepada Allah. hidup,mati,tidur,study semuanya kerana Allah. hatinya tak putus-putus mengingati Allah dalam setiap manis pahit hidupnya. tapi kita tau study untuk nak dapat first class, nak dapat keja elok nanti nak kaya tak mau hidup susah. kalau niat menuntut ilmu sebab duniawi ja memang lar sia-sia kan.. Islam jugak menuntut umatnya mencari ilmu biar sampai liang lahad sekali pun. nak tolong bangsa mesti ada ilmu, nak tolong agama mesti ada ilmu, nak tolong keluarga mesti ada ilmu dan ilmu yang seseorang tu ada tak semestinya ditentukan oleh tahap mana dia study, samaada sijil, degree, master, phd, ir, dr ?? dan juga segala pertuturan dia akan jaga, tak da lar nak mengata orang, asyik nak pangkah orang ka, sebarkan fitnah, gossip-gossip yang negative ka.. tak puas hati kat seseorang tapi cakap belakang tak mau terus terang ka.. kan.. tak elok lar, tambah-tambah lagi dengan kawan sendiri yang pernah susah senang dengan kita, kalau takut nak jujur cakap depan-depan better diam ja.
2. akidah + ibadah = tak akan mensyirikan Allah. syirik itu adalah menduakan Allah, sedangkan kita tau tiada tuhan selain Allah. semuanya berlaku dengan izin Allah. dan kita tak sepatutnya ucapkan syukur selain dari Allah. contohnya, slalu jugak lar aku dengar, "dulu saya banyak jerawat, tapi sekarang selepas menggunakan krim pecah jerawat ***,jerawat saya da hilang dan kulit saya kini licin, terima kasih krim pecah jerawat, suami saya pun puji saya" .tak da ka dia nak ucap "alhamdulillah kini kulit saya da sihat, saya bertawakal selepas menggunakan krim pecah jerawat". camtu kan lagi manis.. tak salah nak guna krim kecantikan or watever, Islam sukakan keindahan.
3. hidup dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan Allah. contoh yang paling jelas adalah hudud. jika pemimpin tu Islam maka wajib lah dia amalkan hudud, jika dia tak amalkan hudud dalam pemerintahannya tu terpulang lah kat dia nak jawab apa kat sana nanti, da tu tanggungjawab dia sebagai pemimpin sesebuah negara amnya. dan individually is up to everyone to obey or disobey Allah's rules. tambah-tambah lagi bagi remaja cam aku ni, da tau dosa buat jugak. bulan ramadhan bole puasa, bole pakai tudung, bole baca al-Quran, bole sabar dari melakukan maksiat,bole tak date, tapi.. bila bulan tak puasa ?? len kali suruh ja bulan tu yang puasa, oke mengarut ,aku tau. sori..
sebarang salah silap harap ditegur, dan sedia untuk diperbaiki. :)
akidah ahli sunnah wal jamaah elok untuk diteladani. nak tau prinsip diaorg..
1. berpegang teguh dengan alQuran dan asSunnah
2. berpegang dengan prinsip asSalaf asSoleh
3. rujuk alQuran dan asSunnah jika terdapat perselisihan faham
4. mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
5. tidak menghukum kecuali dengan bukti yang sahih.
ada pernah gak ni..huhu..
ReplyDeleten sal belajar 2 maybe sbb 2 la kita ssh nk igt kalau nk compare ngan org dulu2..just belajar, dengar tapi bole igt.so,jom sama2 kita usaha ubah niat kita belajar bkn semata2 untuk berjaya, tapi jgk utk menuntut ilmu Allah.
jommmmmmmmmmmmmmmmmm..hehe
ReplyDelete